Showing posts with label pengenalan. Show all posts
Showing posts with label pengenalan. Show all posts

Monday, 24 January 2011

ucapan HPM

TAHNIAH kerana memilih perniagaan Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) sebagai landasan untuk anda mencipta kejayaan gemilang. Kejayaan yang dikecapi hari ini adalah hasil komitmen, keberanian, pengorbanan, semangat juang tinggi serta berkat pertolongan yang dikurniakan oleh Allah. Berpegang kepada kata-kata ‘Think Big, Never Quit, Brutally Honest, Never Say No and Luv u Biz’, doktor tidak mengalih ke ke belakang dalam memacu perniaagaan HPM.
Kata-kata motivasi ini menjadi pegangan dalam setiap tindakan yang dilakukan termasuk dalam aspek kehidupan termasuk kepada kakitangan dan pengedar HPM.
Setiap insan yang ingin kejayaan, perlu berfikiran besar ‘Think Big Grow Big’, jujur dan cinta kepada perniagaan yang diceburi.Tanpanya, perjalanan menuju mercu kejayaan akan tempang dan mengambil masa yang agak lama mencipta jalan kejayaan berkenaan. Ramai yang masih tertanya-tanya mengapa doktor melontarkan idea yang luar biasa termasuk pelaburan jutaan ringgit dalam media massa sehingga ramai yang sukar untuk menerima dan mempercayainya.
Sesungguhnya, jalan menuju kejayaan memerlukan keberanian menzahirkan idea yang luar biasa. Lontaran idea itu akan menjadi kenyataan sekiranya kita berusaha ke arahnya.
Setiap orang berhak untuk mengatakan sesuatu terhadap idea yang kita lontarkan, namun kita sebagai pencetus idea perlu berpegang teguh dan yakin dengan gagasan yang diilham itu.
Inilah cara dR Rozmey yang sukar diadaptasikan oleh orang lain. Perjuangan untuk mengangkat martabat anak bangsa menjadi agenda utama dalam menggapai impian gemilang termasuk dalam merealiasikan gagasan 1 Malaysia.
Sekian,

Salam Satu Malaysia…Salam dR Rozmey
Datuk Dr Haji Che Rozmey Che Din

Latar belakang HPM

Bertapak sebagai sebuah syarikat pengeluar produk makanan kesihatan, Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) yang diasaskan oleh Datuk Dr Che Rozmey Che Din bersama arwah isterinya, Noor Halawiyah Abdullah Shukri di Bandar Darul Aman Jaya, Jitra, Kedah telah mencipta satu fenomena baru kepada pengguna di negara ini.

Beroperasi pada awal 2006, Datuk Dr Che Rozmey yang juga seorang pakar perbidanan dan sakit puan menggunakan kemahiran sebagai seorang doktor pakar untuk menformulasi produk kesihatan sendiri iaitu Jus Mate 5.
Sentuhan dan tindakan berani itu membuahkan hasil apabila kejayaaan demi kejayaan dicipta oleh pengasas HPM itu.
Tindakan berani disertai dengan konsep kejujuran, keikhlasan dan berkat kesabaran menghadapi ujian Allah membawa kepada kejayaan luar biasa sehingga beliau sendiri tidak percaya dengan kejayaan yang begitu pantas itu.
Bermula dengan sebuah pejabat yang dikongsi bersama Jitra Medical Centre (JMC) yang ketika itu menjadi pemangkin kepada pendapatan utamanya, HPM mengorak langkah dengan begitu pantas apabila berjaya membina empayar perniagaan dalam tempoh dua tahun sahaja.
Kini bangunan JMC itu menempatkan lebih 300 kakitangan HPM dari pelbagai unit yang bertugas 24 jam bagi memberi perkhidmatan yang berbaik kepada pengguna dan pengedar.
Kejayaan demi kejayaan tercipta apabila produk HPM terutama Jus Mate 5 mula member ganjaran kepada pengguna. Konsep guna baru jual yang dipratikkan oleh Dr Rozmey membuahkan hasil apabila ribuan testimony pengguna tampil untuk memberi pengakuan.
Tsunami baru melanda perniagaan HPM apabila medium media cetak yang digunakan oleh Dr Rozmey untuk mencanangkan kejayaan testimony mendapat maklum balas di luar jangkaan sehingga memaksanya untuk meningkatkan perkhidmatannya termasuk memperkenalkan system belian online.
Selepas empat tahun beroperasi, warga HPM patut berbangga dengan pencapaian yang dikecapi sehingga syarikat dipelopori oleh usahawan bumiputra ini mampu berdiri sama gagah dengan syarikat lain di Negara ini.
Perjenamaan baru dR Rozmey selaras dengan perkembangan HPM membawa kepada perkembangan cabang perniagaan baru seperti dR Rozmey Skin Care, dR Rozmey Beauty Slimming Fitness Centre (RBSFC), dR Rozmey Body Shop, dR Rozmey Fashion, dR Rozmey Sport Wear dan dR Movie Production.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pendaftaran

Nama:
no. kad pengenalan
no telefon (rumah/hp)
alamat penghantaran
Jenis produk
Jumlah Produk
Email Address:
jumlah bayaran
butir-butir bayaran (J. bayaran, waktu, tarikh)
soalan

Click here to put a form like this on your site.